Kelas Asas Ict Ms. Word Membuat Carta Organisasi, Kdb Dan Advokasi
21 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Disember 2019, seramai 3 orang pelajar menyertai Kelas Asas ICT Microsoft Word membuat carta organisasi yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.
Seperti biasa, sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dan Advokasi . Hal ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna internet supaya sentiasa berhati-hati dan bijak apabila menggunakan internet. Selepas itu mereka diberi tunjuk ajar membuat carta organisasi , Smart Art ,dan memasukkan tulisan serta belajar menukar tulisan dan saiz tulisan pada carta organisasi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: